Jabatan Fizik & Sains Bahan santuni komuniti Kampung Seri Pilah / Siti Nafisah Md Rashid and Allina Nadzri

Jabatan Fizik dan Sains Bahan (JFSB), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Pilah telah menganjurkan satu program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang dinamakan Kotak Infaq Ramadhan 2022. Program ini telah dijalankan secara one-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Rashid, Siti Nafisah, Nadzri, Allina
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72770/2/72770.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72770/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jabatan Fizik dan Sains Bahan (JFSB), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Pilah telah menganjurkan satu program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang dinamakan Kotak Infaq Ramadhan 2022. Program ini telah dijalankan secara one-off, bermula dari 18 April 2022 dan berakhir pada 27 April 2022 yang melibatkan komuniti di Kampung Seri Pilah iaitu sebanyak 25 keluarga asnaf dan 3 orang anak yatim. Idea penganjuran program ini tercetus hasil daripada perbincangan di antara wakil JFSB dengan wakil komuniti di Kampung Seri Pilah iaitu En. Zawir dan En. Muhamad bin Abdullah selaku Pengerusi MPKK Seri Pilah, untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang terdapat di Kampung Seri Pilah, yang kebanyakannya terkesan dengan pandemik Covid-19. Program ini juga selari dengan hasrat jabatan untuk bersama- sama UiTM dalam meningkatkan ketampakan universiti melalui aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat.