Rancangan pembangunan daerah: satu pendekatan baru kepada pembangunan daerah / Syafiee Shuid

Sejarah perancangan bandar dan desa di negara ini telah memperlihatkan berbagai-bagai dimensi dari dahulu hingga kini. Setiap Pelan Pembangunan yang dihasilkan' adalah bertujuan menwujudkan pembangunan yang lebih baik di sesebuah kawasan. Jika di lihat umumnya pelan pembangunan yang diamalkan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shuid, Syafiee
Format: Thesis
Language:English
Published: 1995
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72728/1/72728.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72728/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah perancangan bandar dan desa di negara ini telah memperlihatkan berbagai-bagai dimensi dari dahulu hingga kini. Setiap Pelan Pembangunan yang dihasilkan' adalah bertujuan menwujudkan pembangunan yang lebih baik di sesebuah kawasan. Jika di lihat umumnya pelan pembangunan yang diamalkan di negara ini lebih menumpukan kepada pembangunan di kawasan perbandaran. Atas kesedaran untuk membangunkan kawasan luar bandar, Rancangan Pembangunan Daerah di lihat sebagai satu usaha untuk mencapai keseimbangan pembangunan di antara kawasan bandar dan desa. Kerajaan telah memperkenalkan Buku MERAHDUA pada bulan Ogos 1987 yang mana memerlukan Pejabat Daerah untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat diperingkat daerah untuk tujuan membantu perancangan pembangunan daerah, yang menjurus kepada pembangunan yang lebih seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun di dalam penyediaan dan perlaksanaannya terdapat berbagai-bagai masalah yang timbul. Sehubungan dengan itu kajian ini akan menumpukan kepada penyelesaian masalah yang wujud di samping menghasilkan satu bentuk pendekatan pembangunan yang lebih komprehensif di peringkat daerah pada masa hadapan.