Kajian ke atas lokasi dan sewa ruang pejabat: kes kajian Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru / Saharnaka Yasmain
Projek ini merupakan satu kajian terhadap lokasi dan sewa ruangruang pejabat di dua kes kajian penulis iaitu Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan suatu gambaran menyeluruh mengenai sektar ruang pejabat di kedua-dua kes kajian tersebut. Ianya mencangkumi bebe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
1996
|
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72674/1/72674.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72674/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Projek ini merupakan satu kajian terhadap lokasi dan sewa ruangruang pejabat di dua kes kajian penulis iaitu Bandaraya Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Ianya juga bertujuan untuk mendapatkan suatu gambaran menyeluruh mengenai sektar ruang pejabat di kedua-dua kes kajian tersebut. Ianya mencangkumi beberapa aspek penting seperti pasarannya, iaitu dari segi tren/arah alirannya masa kini dan juga akan datang, kadar permintaan, penawaran dan juga kadar penghuniannya. Namun begitu, pendekatan penulis dalam kajiannya lebih tertumpu kepada kajian terhadap faktor lokasi ataupun perletakan suatu bangunan pejabat dan kesannya terhadap kadar nilai sewa pada ruang-ruang pejabat yang bakal ditawarkan tersebut Di samping itu kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti beberapa faktor selain daripada faktor jarak dan lokasi tersebut yang boleh mempengaruhi nilai sewa bagj ruang-ruang pejabat di kedua-dua kes kajian tersebut. Selain itu, persoalan adakah faktor jarak akibat dari suatu lokasi atau kedudukan perletakannya ini telah diambil perhatian atau dititikberatkan dalam suatu pembangunan hartanah pejabat di bandar-bandar tersebut. Memandangkan sejak akhir-akhir ini, pembangunan dalam sektor hartanah jenis pejabat ini agak pesat berkembang terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru ini. Namun begitu bila ditinjau dari segi kepesatannya, kita tidak dapat nafikan bahawa Bandaraya Kuala Lumpur tersebut lebih ke hadapan dan pesat membangun berbanding dengan Johor Bahru. |
---|