Proses 'Four Colour Separations’ dan katannya dalam membantu seni tampak. Tumpuan proses 'Four Colour Separations' dan kepentingannya dalam memperkembangkan seni tampak di Malaysia / Azian Tahir

Didalam penyediaan tisis ini, Penulis cuba mengkaji tentang apa yang boleh dilakukan oleh proses 'Four Colour Separation'. Selain dari menghasilkan cetakan yang kemas, cantik dan cepat. Penulis yakin bahawa dengan adanya proses ini dapatlah membantu perkembangan seni tampak kepada masyarak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tahir, Azian
Format: Student Project
Language:English
Published: 1992
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70903/1/70903.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70903/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Didalam penyediaan tisis ini, Penulis cuba mengkaji tentang apa yang boleh dilakukan oleh proses 'Four Colour Separation'. Selain dari menghasilkan cetakan yang kemas, cantik dan cepat. Penulis yakin bahawa dengan adanya proses ini dapatlah membantu perkembangan seni tampak kepada masyarakat Malaysia khasnya dan Dunia amnya. Penulis tidak mahu masyarakat di Malaysia hanya mengenali pelukis-pelukis atau seniman luar sahaja malahan pelukis-pelukis dan seniman tempatan tidak kurang hebatnya dan mereka harus mendapat tempat pada masyarakat Malaysia masa kini. Apabila memperkatakan tentang seni tampak, kita melalui perbagai-bagai zaman yang semakin lama semakin berkembang maju. Kita meneliti dan menghayati sesebuah karya dari pelukis-pelukis yang kita temui yang nama mereka telah menjadi suatu legenda kepada perkembangan serta pertumbuhan senilukis tanahair. Dan kita diharapkan dengan keperbagaian tema yang berkaitan terhadap masyarakat dan individu. Tema-tema yang diperbentangkan ini memberi satu pengajaran atau pedoman untuk masyarakat itu sendiri. Jika kita selidik tentang tema-tema seni tampak yang dibawa oleh seseorang pengkarya kita dapati dengan jelas yang tema-tema ini berdasarkan kepada pengalaman dan peristiwa-peristiwa semasa yang berlalu. Pelukis sedaya upaya meletakkan ekspirasi dan penceritaan yang sebenar kepada penghayat seni.