Rekabentuk label kotak minuman ringan di Malaysia: pengaruhnya terhadap pasaran / Razali Kadir

Air adalah salah-satu keperluan asasi kita untuk hidup selain dari udara dan makanan. Manusia tidak dapat hidup tanpanya dan pasti mengalami gangguan kesihatan tanpa bekalan air yang secukupnya. Bagaimanapun dalam memilih jenis minuman, terdapat berbagai pilihan minuman yang sedia terbungkus dan bol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kadir, Razali
Format: Student Project
Language:English
Published: 1989
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70566/1/70566.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70566/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Air adalah salah-satu keperluan asasi kita untuk hidup selain dari udara dan makanan. Manusia tidak dapat hidup tanpanya dan pasti mengalami gangguan kesihatan tanpa bekalan air yang secukupnya. Bagaimanapun dalam memilih jenis minuman, terdapat berbagai pilihan minuman yang sedia terbungkus dan boleh diminum bila-bila masa sahaja. Permintaan terhadap minuman ririgan adalah paling ketara sekali berbanding terhadap lain-lain minuman. Di negara kita, industri minuman ringan dan yang berkaitan dengannya telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi. Berbagai jenis rasa minuman ringan samada berkarbonat atau tidak dalam berbagai jenis bungkusan boleh didapati di seluruh negara. Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai topik ini, adalah lebih baik kita mencari beberapa definisi perkataan-perkataan yang penting untuk topik ini. "Label" didefinisi sebagai kertas atau lain-lain bahan yang bakal dilekatkan kepada bekas atau benda dimana maklumat barangan atau maklumat penghantaran kapal tercetak di atasnya. Cetakan maklumat barangan terus ke atas bekas atau benda seperti pada beg, karung, botol dan barangan kaca juga kadangkala dirujuk sebagai label.