Persepsi masyarakat Islam terhadap masjid di unit kejiranan, Ipoh Perak / Mazwin Mohamed Noor

Masjid merupakan salah satu kemudahan keagamaan yang menjadi pusat pembentukan masyarakat Islam sejak dulu lagi. Peranan yang dimainkan oleh masjid sejak zaman RasulAllah Sallalah Alaihi Wasallam meninggalkan kesan dan pengaruh besar dalam seluruh aspek kehidupan manusia tidak kira di bandar mahupun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Noor, Mazwin
Format: Student Project
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70429/1/70429.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70429/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masjid merupakan salah satu kemudahan keagamaan yang menjadi pusat pembentukan masyarakat Islam sejak dulu lagi. Peranan yang dimainkan oleh masjid sejak zaman RasulAllah Sallalah Alaihi Wasallam meninggalkan kesan dan pengaruh besar dalam seluruh aspek kehidupan manusia tidak kira di bandar mahupun di desa. Bagi kajian ini, masjid yang dikaji adalah khusus pada masjid yang terletak di unit-unit kejiranan dimana tiga buah masjid unit kejiranan telahpun dipilih untuk kajian ini. Selain daripada masjid itu sendiri, kajian ini turut merangkumi masyarakat unit kejiranan, ahli jawatankuasa, jabatan kerajaan yang berkenaan serta badan bukan kerajaan. Aspek-aspek seperti lokasi, piawaian dan juga pengguna turut diambil kira. Data-data yang diperlukan adalah berdasarkan kepada kajiselidik temubual serta kerjasama dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Ipoh, Jabatan Agama Islam Perak, Yayasan Dakwah Islamiah, Persatuan Ulama Malaysia dan Angkatan Belia Islam. Segala maklumat dan cadangan yang dikemukakan pula adalah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah sedia ada di kawasan kajian selaras dengan hasrat unluk mewujudkan masjid sebagai pusat pembentukan masyarakat Islam. Keseluruhannya, didapati kajian ini penting bagi mewujudkan institusi masjid sebagai pusat segala aspek kehidupan seperti pendidikan, politik, sains, ibadat, kesenian, sosial, ekonomi dan lain lain lagi. Adalah menjadi harapan agar masjid kembali berperanan unluk kepentingan kesepaduan umat Islam.