Kajian mengenai sejauh mana penerimaan masyarakat Kelantan terhadap pementasan seni wayang kulit sebagai suatu bentuk hiburan / Prof Madya Moniza Abdullah, Rozana Raoh and Wan Salwana Wan Sulaiman

Kajian in dijalankan ke atas aktiviti pementasan wayang kulit di negeri Kelantan. Wayang kulit merupakan salah satu cabang budaya yang diterima oleh masyarakat Kelantan. Namun begitu, perubahan landskap politik di Kelantan telah menyebabkan pementasan wayang kulit semakin berkurangan. Akhirnya, umum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Moniza, Raoh, Rozana, Wan Sulaiman, Wan Salwana
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70366/1/70366.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70366/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian in dijalankan ke atas aktiviti pementasan wayang kulit di negeri Kelantan. Wayang kulit merupakan salah satu cabang budaya yang diterima oleh masyarakat Kelantan. Namun begitu, perubahan landskap politik di Kelantan telah menyebabkan pementasan wayang kulit semakin berkurangan. Akhirnya, umum melihat pementasan wayang kulit semakin kurang relevan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bag mengkaji penerimaan masyarakat Kelantan terhadap pementasan wayang kulit sebagai satu bentuk hiburan. Kajian ini dijalankan di Kelantan yang melibatkan lima orang Tok Dalang yang terkenal di Bachok, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai dan Kok Lanas, masyarakat umum dan para pelajar. Manakala data atau maklumat mengenai permainan dan pementasan wayang kulit diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan di sekitar neger Kelantan termasuk di Kampus Universiti Teknologi MARA Kelantan di Machang, temubual dan pemerhatian. Seramai 400 responden terlibat dalam kajian ini. Maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisis secara peratusan dan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan 70.6 peratus responden berminat terhadap permainan wayang kulit dan mendapat pendedahan mengenainya semasa kecil lagi. Penemuan lain daripada kajian ini ialah generasi muda, iaitu wanita yang berusia di bawah 30 tahun mempunyai minat terhadap seni wayang kulit berbanding kaum lelaki dalam lingkungan umur yang sama. Walau bagaimanapun, lelaki yang berusia 30 tahun ke atas lebih berminat seni wayang kulit berbanding kaum wanita dalam lingkungan umur yang sama. Selain itu, kedua kumpulan berpendapat bahawa loghat Kelantan seharusnya dikekalkan dalam pementasan wayang kulit dan mereka juga berminat melihat pementasan tersebut diadakan di tempt yang terbuka. Kesimpulannya, masyarakat Kelantan termasuk generasi muda dapat menerima permainan dan pementasan wayang kulit sebagai satu hiburan dengan menggunakan mesej, muzik dan gaya bahasa yang lama.