Penerapan konsep dan nilai-nilai Islam di Taman Tasik Shah Alam, Selangor Darul Ehsan / Muhammad Fariz Ishak

Penerapan Konsep Dan Nilai-Nilai Islam Di Taman Tasik Shah Alam merupakan elemen-elemen Islam dalam perancangan dan pembangunan Bandaraya Shah Alam yang dijalankan kerana Bandaraya Shah Alam merupakan model penempatan masyarakat Melayu yang unggul di negara ini. Pembangunan Shah Alam bermula pada ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Muhammad Fariz
Format: Student Project
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69951/1/69951.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penerapan Konsep Dan Nilai-Nilai Islam Di Taman Tasik Shah Alam merupakan elemen-elemen Islam dalam perancangan dan pembangunan Bandaraya Shah Alam yang dijalankan kerana Bandaraya Shah Alam merupakan model penempatan masyarakat Melayu yang unggul di negara ini. Pembangunan Shah Alam bermula pada tahun 1964. Lebih daripada 70 peratus penduduk Shah Alam beragama Islam. Kajian ini bertujuan untuk memanfaatkan penyediaan kawasan rekreasi tersebut sebagai kawasan riadah menurut Islam selain sebagai pusat tumpuan utama bagi penduduk kawasan tersebut. Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Sekyen 2 dan Sekyen 14 merupakan kawasan kajian bagi kajian ini dijalankan. Taman Tasik Shah Alam merupakan taman bandar yang berkeluasan 127.8 ekar dan juga merupakan kawasan tumpuan orang ramai di Bandaraya Shah Alam. Antara isu dan masalah yang telah dikenalpasti di kawasan kajian ialah berkaitan masalah sosial, fizikal dan rohani. Isu dan masalah ini disebabkan oleh tiada penerapan konsep dan nilai Islam di kawasan kajian. Bagi membuktikan masalah yang terdapat di kawasan kajian, kajian analisis di lakukan untuk mendapatkan penemuan. Hasil daripada analisis yang telah dijalankan iaitu pengamatan di tapak dan soalselidik pegunjung mendapati bahawa kawasan kajian tidak mempunyai nilai Islam dan terdapat banyak nilai Islam yang tidak diterapkan di dalam perancangan kawasan rekreasi. Terdapat 10 nilai Islam yang telah dikenapasti di kawasan kajian yang membawa kepada masafah-masalah sosial, fizikal, dan rohani. Hasil analisis responden mendapati bahawa nilai Islam yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam ini tidak memuaskan dan masih kurang. Kawasan riadah, perancangan landskap, dan rekabentuk taman tidak menunjukkan imej Islam. Penemuan daripada analisis yang dilakukan membentuk kepada bebrapa cadangan bagi menerapkan konsep dan nilai Islam di kawasan kajian. Antara cadangan tersebut ialah penambahbaikan garis panduan kawasan rekreasi dan tanah lapang, cadangan penambahbaikan mengikut nilai-nilai Islam, dan cadangan fizikal. Cadangan yang dicadangkan ini dapat menggambarkan imej Islam di kawasan kajian dan dapat menjadi kawasan rekreasi Islam yang cemerlang, gemilang