Bilakah kita berhenti membaca? / Hasreeyati Ramli

Baru-baru ini saya sedang menikmati kopi Cappucino panas di acara Penang International Food Festival yang berlangsung di perkarangan Paragon Mall di Pulau Pinang, saya dan kawan saya duduk di satu meja yang kami kongsi bersama dengan sepasang kekasih yang juga mahu menikmati makanan yang dibeli oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Hasreeyati
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69869/1/69869.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69869/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Baru-baru ini saya sedang menikmati kopi Cappucino panas di acara Penang International Food Festival yang berlangsung di perkarangan Paragon Mall di Pulau Pinang, saya dan kawan saya duduk di satu meja yang kami kongsi bersama dengan sepasang kekasih yang juga mahu menikmati makanan yang dibeli oleh mereka. Kawan saya tiba-tiba bertanya pada dua orang remaja di dalam lingkungan 20-an itu. “Kenal tak dengan penulis Hasreeyati Ramli? Inilah orangnya.” Alamak. Saya berasa malu kerana saya tidak menjangkakan kawan saya mahu bertanya kepada mereka. Saya diperhatikan dengan teliti. Memang saya tidak menjangkakan mereka akan mengenali saya kerana saya bukanlah dari generasi mereka. “Err… maaf, saya tak baca novel,” sopan sekali gadis itu mengaku. Kawan saya pula yang seakan rasa bersalah. “Belajar di mana ya?” soal kawan saya lagi pada gadis itu. “Dulu saya pernah menuntut di Universiti Malaysia Kelantan,” jelasnya lagi. “Tapi semasa sekolah menengah, saya suka baca novel. Bila masuk universiti, saya dah tak baca.” Satu pengakuan yang saya rasa amat jujur.