Kolej kediaman sebagai keperluan semasa dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di UiTM Perak / Muhammad Fadhil Bahrin

Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tidak terkecuali juga kepada pengurusan kolej kediaman. Kolej kediaman merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahrin, Muhammad Fadhil
Format: Student Project
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69757/1/69757.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69757/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tidak terkecuali juga kepada pengurusan kolej kediaman. Kolej kediaman merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripada di fakulti. Selain daripada menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga bertindak menyediakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar. Kajian akhir ini membincangkan kepentingan kolej kediaman di Universiti Teknologi MARA Perak terhadap pelajar dalam memperkasakan modal insan. Kolej kediaman yang terdapat di UiTM Perak adalah Kolej Cempaka Sari, Kolej Indera Mulia, Kolej Indera Sakti dan Kolej Pasir Salak. Kolej Sen Manjung pula merupakan kolej yang berperanan dalam menyelia pelajar yang menetap di luar kampus. Hasil analisis menunjukkan kebanyakkan pelajar memilih untuk menetap di kolej kediaman berbanding menetap di luar kawasan kampus dengan menyewa rumah. Faktor kos sara hidup yang tinggi manjadi alasan utama ramai pelajar memilih untuk menetap di kolej kediaman. Sebagai contoh, kos pengangkutan membebankan mereka terutamanya pelajar yang menetap di luar kampus yang mana mereka berulang-alik daripada rumah sewa untuk ke kelas pada setiap hari. Beberapa cadangan dirangka bagi mangatasi masalah tersebut dengan meningkatkan lagi peranan pihak pengurusan UiTM Perak dalam menyediakan kemudahan penempatan kepada pelajar untuk memberi taraf kehidupan yang selesa dan lebih berkualiti kepada mereka. Sampel kajian dipilih secara rawak dan sebanyak 201 set borang soal selidik telah diedar. Responden kajian terdiri daripada pelajar UiTM Perak yang menetap di dalam kampus dan pelajar yang bukan menetap di dalam kampus. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0.