Projek kilang padi peranan dan masalah kajian kes di Pertubuhan Peladang Kangkong / Nural Ashikin Hamzah, Suryani Ismail and Zainul Adnan Mohd Rafek

Pertubuhan Peladang Kawasan diwujudkan di setiap daerah di Negeri Kelantan Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan dibentuk di setiap kawasan dimana-mana negeri tidak kurang daripada 50 orang yang memenuhi kehendak -kehendak yang dinyatakan. Suatu pertubuhan peladang boleh dibentuk dengan tujuan untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Nural Ashikin, Ismail, Suryani, Mohd Rafek, Zainul Adnan
Format: Student Project
Language:English
Published: 1996
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69650/1/69650.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69650/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertubuhan Peladang Kawasan diwujudkan di setiap daerah di Negeri Kelantan Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan dibentuk di setiap kawasan dimana-mana negeri tidak kurang daripada 50 orang yang memenuhi kehendak -kehendak yang dinyatakan. Suatu pertubuhan peladang boleh dibentuk dengan tujuan untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan ahli-ahli atau unit-unit ahlinya melalui penyertaan terus dan hendaknya mempunyai kuasa bagi membuat segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan-tujuan itu. Pertubuhan Peladang Kangkong merupakan sebuah pertubuhan peladang yang berjaya dalam senarai Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri. Salah satu aktiviti utama Pertubuhan Peladang Kawasan Kangkong ialah menjalankan Projek Kilang Padi. Projek Kilang Padi Pertubuhan Peladang Kangkong terletak di daerah Lemal di Pasir Mas. Peristiwa yang mengerakkan Pertubuhan Peladang Kangkong untuk memajukan Kilang Padi tersebut adalah kerana dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pengarah setiap kali perkara mengenai kilang padi tersebut dibangkitkan tentang untung rugi. Apabila berlaku kerugian pihak Pengurus Kilang padi akan dipersalahkan. Laporan yang diberikan oleh Pengerusi Kilang Padi menunjukkan kerugian sebanyak RM 151,651 dalam jangkamasa 3 tahun lepas. Olch itu Lembaga Pengarah seterusnya mengarah Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kangkong membaikpulih Projek Kilang Padi tersebut. Projek Kilang Padi tersebut memberikan kepentingan kepada para petani di sekitar untuk memasarkan padi mereka dan mendapatkan beras untuk keperluan harian mercka.