Amalan makmal terbaik, jaminan akreditasi penuh! / Juliana Idrus, Rozaini Ramli and Daliah Hasan

Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang juga dikenali sebagai PKA Sub-JKKP, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 24 September 2021. Audit ini adalah selaras dengan akta yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idrus, Juliana, Ramli, Rozaini, Hasan, Daliah
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69636/1/69636.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69636/
https://ppkapp.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang juga dikenali sebagai PKA Sub-JKKP, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 24 September 2021. Audit ini adalah selaras dengan akta yang termaktub di dalam Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 Akta 154. la melibatkan keseluruhan 15 makmal di bawah seliaan PKA iaitu Makmal Geoteknik 1 dan 2, Makmal Geologi, Makmal Lebuhraya dan Lalulintas, Makmal Ukur, Makmal Alam Sekitar 1 dan 2, Makmal Hidraulik, Makmal Perkhidmatan Bangunan 1 dan 2, Makmal Struktur Ringan 1 dan 2, Makmal Struktur Berat, Makmal Konkrit dan Bilik IDP. Seramai 11 orang auditor dilantik terdiri daripada auditor luar dan auditor dalaman dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Lima orang auditor luar yang terlibat ialah En. Amer Heberd Abdullah dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK), En. Halim Ghafar dari Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), En. Rizal Jusoh dari Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), En. Sharaf Ahmad dari Jabatan Sains Gunaan (JSG) dan Ustaz Ahmad Termizi Ab Lateh dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Auditor dalaman pula adalah terdiri daripada staf PKA iaitu Ir. Ts. Mohd Rate Abdul Majid, Ir. Zain Hashim, Kamsiah Abd Wahab, Rozaini Ramli, Daliah Hasan dan Juliana Idrus.