Unit zakat sedekah wakaf: adaptasi peranannya dalam mengendalikan dana zakat bagi pembangunan pendidikan norma baru golongan asnaf fisabilillah UiTM Cawangan Kelantan / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]
Kejayaan zakat dalam sesebuah institusi amat perlu kepada urus tadbir yang adil kerana tanggungjawab tersebut adalah amanah. Dengan pengurusan yang adil, dana zakat mampu membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana aktiviti zakat itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh mas...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Majmuah Enterprise
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69173/1/69173.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69173/ https://majmuah.com/journal/index.php/konsep/article/view/198/92 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejayaan zakat dalam sesebuah institusi amat perlu kepada urus tadbir yang adil kerana tanggungjawab tersebut adalah amanah. Dengan pengurusan yang adil, dana zakat mampu membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana aktiviti zakat itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh masyarakat di Malaysia. Dana zakat institusi pendidikan tinggi juga adalah salah satu cara yang dapat membantu meningkatkan kebajikan universiti. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehupayaan perlaksanaan penubuhan universiti zakat di Malaysia dan dapat mengkaji cara yang paling berkesan dalam perlaksanaan pembangunan universiti di Malaysia dengan menggunakan dana zakat. Pendedahan kajian ini juga bertujuan untuk melahirkan dan menzahirkan pembangunan institusi zakat dengan lebih produktif dan berwibawa serta dapat membantu para institusi dalam kemajuan pendidikan pada masa yang akan datang. Kajian ini diperlukan supaya penyelidikan tersebut dapat dilakukan dengan terperinci dan dikhususkan kepada para institusi yang berkelayakan untuk menerima zakat. Metodologi kajian secara kualitatif digunakan iaitu melalui keperpustakaan, temubual, dokumentasi dan penelitian yang digunakan untuk mengumpulkan data maklumat yang berkaitan. Kajian ini juga berdasarkan analisis-analisis kajian lepas melalui jurnal dan laman sesawang. Hasil kajian ini, memberikan gambaran ringkas sejauh mana proses dana zakat yang diberikan kepada para institusi. Akhirnya, keperluan kepada tadbir urus yang baik dan cekap oleh unit zakat adalah amat diutamakan kerana ia dapat memperkembang dan memperbangun dana zakat dengan lebih cepat dan peranan zakat di institusi pengajian tinggi adalah amat diperlukan. |
---|