Gaya hidup sihat melalui pemakanan: kajian terhadap penulisan ulama-ulama nusantara dalam Kitab Jawi / Dr. Mohd Asmadi Yakob , Prof. Madya Zakaria Mustaffa and Mohd. Takiyuddin Hj. Ibrahim

Gaya hidup sihat merupakan satu tuntutan kepada semua manusia. Gaya hidup manusia secara sihat bukan sahaja memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri bahkan ianya memberikan kesan yang besar kepada kecemerlangan tamadun itu sendiri. Menyedari hakikat ini, Islam amat menekankan kepentingan gaya hidu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yakob, Mohd Asmadi, Mustaffa, Zakaria, Hj. Ibrahim, Mohd. Takiyuddin
Format: Research Reports
Language:English
Published: Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6885/1/LP_%20MOHD%20ASMADI%20YAKOB%2011_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6885/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya hidup sihat merupakan satu tuntutan kepada semua manusia. Gaya hidup manusia secara sihat bukan sahaja memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri bahkan ianya memberikan kesan yang besar kepada kecemerlangan tamadun itu sendiri. Menyedari hakikat ini, Islam amat menekankan kepentingan gaya hidup secara sihat agar umatnya terhindar daripada penyakit bagi melestarikan pembangunan tamadun. Jesteru itu kajian ini akan membincangkan konsep gaya hidup sihat menurut pandangan Islam dengan memberi penumpuan kepada amalan pemakanan. Di samping itu, kajian ini juga memfokuskan kepada penulisan kitab-kitab jawi. Penyelidikan ini tidak merangkumi semua kitab jawi, sebaliknya hanya lima kitab sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Kitab-kitab tersebut ialah Sabil al-Muhtadin, Bidayah al-Mubtadi', Siyar al-Salikin, Hidayah al-Salikin dan Bahr al-Madhi. Beberapa penemuan yang signikan berdasarkan kajian ini, antaranya penyelidik belum menemui sebuah kitab khusus tentang gaya hidup sihat atau amalan pemakanan sihat. Namun begitu penulisan tentang pemakanan biasanya ada dalam kitab-kitab jawi terutamnya kitab fekah, tasawwuf dan kitab hadith. Perbahasan tentang pemakanan dalam kitab-kitab jawi kebanyakannya hanya tersebut berlegar-legar tentang beberapa aspek dan persoalan yang agak sama. Antaranya adalah soal hukum sesuatu makanan, adab makan dan minum termasuklah celaan kepada mereka yang tidak menjaga perut. Perbahasan tersebut juga kebanyakannya disandarkan kepada Rasulullah SAW sebagai the best role model.