Bengkel penulisan “Enrich Publication: Change Your Capability and Enhance Your Speed” / Hafizah Muhamad Azlan

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu siri Bengkel Penulisan pada 21-22 Disember 2020. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Penerbitan di mana ianya menerima penyertaan daripada 30 orang peserta di kalangan pensyarah. Ben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Azlan, Hafizah
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan FKAPP 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68744/1/68744.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68744/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu siri Bengkel Penulisan pada 21-22 Disember 2020. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Penerbitan di mana ianya menerima penyertaan daripada 30 orang peserta di kalangan pensyarah. Bengkel ini diadakan secara bersemuka selama dua hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Oleh sebab itu penyertaan terpaksa dihadkan mengikut SOP Covid-19 bersesuaian dengan keluasan bilik seminar. Apa yang menariknya, bengkel ini telah menjemput penceramah dari luar UiTM iaitu Professor Ir. Dr. Shahrum Bin Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau merupakan seorang Professor yang mempunyai pengalaman yang banyak dan luas dari segi penulisan dalam menghasilkan jurnal yang berkualiti tinggi dan diiktiraf. Beliau telah menerbitkan lebih dari 400 makalah dalam jurnal dan juga prosiding persidangan. Beliau juga telah terlibat dalam menguruskan persidangan antarabangsa di dalam dan luar negara sebagai Ketua Persidangan, Ahli Jawatan Kuasa Penganjuran, Ahli Jawatan Kuasa Penasihat dan macam-macam lagi. Beliau juga sering diundang sebagai Keynote Speaker dalam pelbagai persidangan di dalam mahupun di luar negara.