Lampu aromaterapi / Fadila Mohd Yusof

Penyelidikan adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk mencari data-data yang tepat dan sahih iaitu dengan cara menjalankan soal selidik, temuramah dan pemerhatian oleh pelajar-pelajar senireka perindustrian keatas respondenresponden dan pihak-pihak yang terlibat. Penyelidikan ini di buat bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusof, Fadila
Format: Student Project
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68291/1/68291.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68291/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk mencari data-data yang tepat dan sahih iaitu dengan cara menjalankan soal selidik, temuramah dan pemerhatian oleh pelajar-pelajar senireka perindustrian keatas respondenresponden dan pihak-pihak yang terlibat. Penyelidikan ini di buat bagi membantu mendapatkan mak.lumat mengenai tajuk projek yang di reka iaitu lampu aromaterapi. Dalam menjalankan kajian ini, data yang perlu di cari terbahagi kepada dua bahagian iaitu data sekunder dan data primer. Bagi keseluruhan hasil kajian ini, terdapat permasalahan di mana sesetengah responden masih ragu-ragu dan tidak mengetahui lagi tentang perkembangan haruman aromaterapi. Selain itu, penggunaan haruman aromaterapi masih tidak meluas di kalangan pengguna. Namun bagi pengguna haruman aromaterapi kebanyakkan mereka menggunakan lilin aromaterapi bagi keselesaan mereka di rumah. Oleh itu, dalam rekaan kali ini ia lebih menonjolkan kepada rekaan lampu aromaterapi yang lebih berkonsep dan mempunyai kriteria yang tertentu contohnya rekaan ini lebih berkonsepkan kepada tumbuh-tumbuhan (flora dan fauna). Merekabentuk lampu bukan sekadar untuk haruman aromaterapi namun ia, juga mampu memberikan pengcahayaan yang baik dan memberi perasaan (mood) yang selesa kepada pengguna lampu aromaterapi kerana pengcahayaan lampu yang berkesan mampu memberangsangkan pengguna lampu aromaterapi. Dari hasil soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakkan responden memerlukan warnawarna sejuk pada lampu tetapi melalui tinjauan yang dilakukan kebanyakkan lampu yang ada di pasaran mempunyai warna yang lebih cerah dan terang. Justeru itu, rekaan lampu aromaterapi ini direka bertujuan untuk meningkatkan lagi rekaan lampu aromaterapi yang mempunyai konsep tersendiri disamping untuk memperluaskan lagi penggunaan lampu aromaterapi di kalangan pengguna.