Bangku dwifungsi untuk surau di perhentian rehat dan rawat PLUS / Nurul Adilla Hanim Saion

PLUS merupakan nama singkatan bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan iaitu sebuah syarikat awam yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan lebuhraya. PLUS telah menyediakan perkhidmatan atau kemudahan gerai menjual makanan dan minuman, tandas awam, telefon awam, surau, taman permainan bagi kanak-kanak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saion, Nurul Adilla Hanim
Format: Student Project
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68213/1/68213.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68213/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:PLUS merupakan nama singkatan bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan iaitu sebuah syarikat awam yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan lebuhraya. PLUS telah menyediakan perkhidmatan atau kemudahan gerai menjual makanan dan minuman, tandas awam, telefon awam, surau, taman permainan bagi kanak-kanak dan pondok-pondok rehat (wakaf) untuk pengunjung-pengunjung lebuhraya beristirehat sebelum meneruskan perjalanan. Untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang terbaik dan sempurna satu kajian telah dilakukan khususnya dalam perkhidmatan PLUS menyelenggarakan surau di Perhentian Rehat dan Rawat. Hasil tinjauan mendapati bahawa tiada bangku atau kerusi khas yang disediakan oleh pihak PLUS untuk memudahkan pengguna menanggalkan kasut dan memakai semula kasut dengan selesa. Rak kasut juga tidak disediakan untuk pengguna menyimpan kasut dan meletakkan kasut dengan tersusun. Oleh yang demikian penyelidik telah membuat satu keputusan untuk merekabentuk sebuah perabot untuk menyelesaikan masalah ini. Hasil kajian yang telah dilakukan dari soal selidik, temubual dan tinjauan mendapati bahawa fungsi perabot adalah penting untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengguna melalui misi imej korporat Plus itu sendiri dan rekabentuk perabot yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini ialah bangku dwi fungsi yang mana ianya ialah gabungan dari dua buah perabot iatu bangku dan rak kasut . Justeru, kajian dari aspek rekabentuk yang mengikuti arus perkembangan semasa perlu dilakukan untuk menghasilkan satu lakaran yang bermutu tinggi supaya ianya mencapai satu tahap rekaan yang terbaik. Pemilihan bahan perlu bersesuaian dengan konsep yang digunakan iaitu moden kontemporari. Di dalam rekaan ini, bahan juga adalah komponen penting bagi menghasilkan perabot yang bermutu tinggi dan ianya perlulah bersesuaian dengan keadaan persekitaran di surau Perhentian rehat dan Rawat PLUS.Oleh yang demikian penekanan terhadap segala aspek rekabentuk dan ergonomik perlu dititik beratkan bagi menghasilkan satu rekaan nyang kreatif dan inovatif.