Realiti aplikasi dialog antara agama di Malaysia: kajian terhadap Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban (PDP) / Khairulnizam Mat Karim and Suzy Aziziyana Saili
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti realiti aplikasi dialog antara agama yang berkembang di Malaysia dengan bersandarkan kepada maklumat-maklumat daripada dua organisasi yang dilihat sebagai peneraju utama (leading organisation) di dalam perlaksanaan dialog antara agama yang berla...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68156/1/68156.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68156/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti realiti aplikasi dialog antara agama yang berkembang di Malaysia dengan bersandarkan kepada maklumat-maklumat daripada dua organisasi yang dilihat sebagai peneraju utama (leading organisation) di dalam perlaksanaan dialog antara agama yang berlaku di Malaysia. Dalam hasil kajian penulis yang berasingan sebelum ini didapati bahawa faktor utama ke arah pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia adalah disebabkan oleh pelaksanaan Dasar Islamisasi yang digagaskan oleh pihak kerajaan pada tahun 1980an. Ini adalah kerana pelaksanaan dasar tersebut telah menimbulkan kerisauan masyarakat bukan Muslim terhadap kebebasan beragama di Malaysia termasuk pelbagai isu-isu lain. Maka dengan ini realiti dialog yang berlaku di peringkat awal adalah lebih kepada tuntutan pihak bukan Muslim dalam pelbagai isu untuk menjamin kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Artikel II Perlembagaan Malaysia. Manakala kajian terhadap Inter-Faith Spiritual Fellowship (INSaF) dan Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (PDP), pelaksanaan dialog antara agama kini amat berbeza kerana ia merupakan suatu keperluan di dalam kehidupan masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Justeru dengan menggunakan metode dokumentasi dalam proses mengumpul data kajian mendapati kini aplikasi dialog antara agama adalah pelbagai seperti Seminar/Persidangan, Syarahan/Kuliah Umum, Projek/Aktiviti Usaha sama, Kursus/Kelas Pengajian Agama-agama, Majlis Dialog/Forum dan Bengkel. Oleh itu penyertaannya meliputi Badan Kerajaan, Badan-badan agama, Badan-Bukan Kerajaan, Ahli Akademik dan juga masyarakat umum. Walau bagaimanapun kajian mendapati penglibatan organisasi Islam dan masyarakat Muslim adalah amat rendah berbanding organisasi bukan islam dan masyarakat bukan Muslim. |
---|