Ibn Khaldun dan konsep Asabiyyah : relevansinya terhadap perpaduan etnik di Malaysia / Wan Aminah Hasbullah

Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh sosiologi dan sejarah Islam yang tersohor di zaman kegemilangan tamadun Islam melalui karyanya yang terkemuka, "Al-Muqadimmah”. Konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasbullah, Wan Aminah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68155/1/68155.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68155/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh sosiologi dan sejarah Islam yang tersohor di zaman kegemilangan tamadun Islam melalui karyanya yang terkemuka, "Al-Muqadimmah”. Konsep Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini menekankan kepada peri penting hubungan kekeluargaan dan semangat kasih sayang yang luhur dalam mengukuhkan hubungan dalam masyarakat. Hubungan dalam masyarakat boleh dianggap sebagai suatu kesatuan yang kukuh tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya dan penempatan masyarakat berkenaan. Justeru, konsep Asabiyyah Ibn Khaldun ini dilihat masih relevan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan di antara pelbagai etnik di Malaysia ini. Selain usaha untuk "merapatkan" jurang perbezaan antara kaum dari pelbagai aspek, konsep Asabiyyah ini akan memberikan satu perspektif baru dalam konteks penyelidikan mengenai hubungan etnik di Malaysia iaitu terutama dari segi mengatasi masalah perpaduan kaum dan mengukuhkan perpaduan kaum dengan berteraskan semangat Asabiyyah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini.