Keinginan dan minat menceburi perniagaan di kalangan pelajar asnaf di UiTM Pahang / Faizan Abd Jabar … [et al.]

Sembilan per sepuluh sumber rezeki adalah datang dari perniagaan. Perniagaan di Malaysia seringkali dikaitkan dengan bangsa Cina di mana bangsa ini telah mendominasi pelbagai sektor perniagaan sama ada melibatkan barangan mahu pun perkhidmatan. Namun kini telah wujud banyak perniagaan yang diusahaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Jabar, Faizan, Mohd Zaki, Suhanom, Mustapha, Musramaini, Abd Rahman, Muhammad Zahran, Syed Wahid, Sharifah Norhuda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67997/1/67997.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67997/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sembilan per sepuluh sumber rezeki adalah datang dari perniagaan. Perniagaan di Malaysia seringkali dikaitkan dengan bangsa Cina di mana bangsa ini telah mendominasi pelbagai sektor perniagaan sama ada melibatkan barangan mahu pun perkhidmatan. Namun kini telah wujud banyak perniagaan yang diusahakan oleh bangsa Melayu terutamanya yang melibatkan Industri Kecil dan Sederhana. Berniaga memerlukan minat dan juga tahap kesabaran yang tinggi yang boleh dipupuk sejak zaman persekolahan lagi. Sehubungan dengan itu, kajian minat berniaga di kalangan anak Melayu telah dijalankan dengan memfokuskan kepada golongan pelajar Asnaf, iaitu golongan layak menerima zakat yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin di Universiti Teknologi MARA (Pahang). Golongan ini dipilih berdasarkan keadaan semasa anak-anak ini yang sememangnya tiada keluarga sempurna tetapi mengimpikan kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Berdasarkan tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan, 96.61 peratus cenderung untuk berniaga berbanding menceburi pekerjaan lain. Ini didorong oleh inisiatif UiTM (Pahang) yang telah menganjurkan pelbagai aktiviti keusahawanan bagi memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan. Justeru itu, minat yang ada di kalangan pelajar Asnaf ini memerlukan sokongan pelbagai pihak bagi merealisasikan impian mereka untuk bergelar usahawan kelak.