Peranan ACIS dalam program dakwah terhadap pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang, kampus Kuantan / Norazmi Anas … [et al.]

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim, ianya tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja malahan juga kepada orang Islam sendiri. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anas, Norazmi, Zulkipli, Shahril Nizam, Mat Dahan, Ahmad Fadhir, Mohd. Mokhtar, Siti Marsitah, Engku Alwi, Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67994/1/67994.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67994/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim, ianya tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja malahan juga kepada orang Islam sendiri. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha dakwah terhadap pelajar-pelajar Melayu di kampus. Matlamat penubuhannya lebih terarah kepada keseimbangan pembangunan mental, jasmani dan rohani pelajar bagi mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS melibatkan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Islam (HET) bertujuan memantapkan akademik seterusnya sahsiah pelajar Melayu selari dengan kehendak syariat Islam. Oleh itu, objektif kertas kerja ini ialah untuk mengkaji peranan ACIS dalam usaha dakwah terhadap pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan dan mengenalpasti program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan. Bagi mencapai kedua-dua objektif di atas, kumpulan penyelidik menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap proposal-proposal program dakwah yang telah dibuat oleh ACIS UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan. Secara umumnya program-program dakwah yang dianjurkan oleh ACIS mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar UiTM Cawangan Pahang, Kampus Kuantan khususnya pelajar Melayu kerana program-program tersebut menarik perhatian mereka untuk lebih mendalami ajaran Islam sebenar. Justeru itu, ianya bukan lagi bersifat konvensional tetapi diadun dengan elemen-elemen dakwah moden selari dengan pemikiran generasi Y pada zaman teknologi canggih sekarang.