Celik mengira di musim pandemik / Rafizan Abdul Razak

Kesan Pandemik Covid-19 semakin besar dan dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu kesan yang menarik perhatian penulis untuk dikongsi bersama adalah mereka yang terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan kehidupan akibat kehilangan punca pendapatan. Contoh mudah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak, Rafizan
Format: Monograph
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67894/1/67894.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67894/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesan Pandemik Covid-19 semakin besar dan dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu kesan yang menarik perhatian penulis untuk dikongsi bersama adalah mereka yang terpaksa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk meneruskan kehidupan akibat kehilangan punca pendapatan. Contoh mudah yang boleh dilihat di sekeliling kita pada hari ini adalah terdapat ramai yang memilih membuka perniagaan makanan sama ada secara atas talian atau membuka gerai kecil di tempat tumpuan orang ramai. Ada di kalangan peniaga ini tidak pernah mempunyai pengetahuan asas usahawan atau tidak pernah terlintas pun untuk memulakan perniagaan. Asas yang utama pastilah perlu mendapatkan modal perniagaan yang boleh digunakan untuk membeli bahan mentah dan perbelanjaan yang lain. Sekiranya bakal peniaga mempunyai wang simpanan sendiri, maka bolehlah digunakan untuk dijadikan modal permulaan. Selain itu, gunalah peralatan yang memang telah sedia ada di rumah untuk langkah penjimatan. Memulakan perniagaan baru tidak bermakna semua peralatan perlu serba baharu. Sekiranya bakal peniaga tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi, maka bolehlah mendapatkan modal melalui pinjaman daripada ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan yang boleh menghulurkan bantuan modal.