Bangku bergerak sektor penanaman bunga / Arnis Aziz

Kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang terpenting bagi negara Malaysia. Selain menjana pertumbuhan ekonomi, berbagai faedah sampingan dapat dimanfaatkan seperti aktiviti Agrotourism yang mana dapat menarik pelabur dan pelancong ke negara ini. lndustri penanaman bunga samada secara kecil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aziz, Arnis
Format: Student Project
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67785/1/67785.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67785/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang terpenting bagi negara Malaysia. Selain menjana pertumbuhan ekonomi, berbagai faedah sampingan dapat dimanfaatkan seperti aktiviti Agrotourism yang mana dapat menarik pelabur dan pelancong ke negara ini. lndustri penanaman bunga samada secara kecil atau komersil tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak menyumbang kepada peratus ekonomi sektor ini. Selain itu aktiviti penanaman bunga ini amat membantu golongan yang kurang pendapatan kerana aktiviti ini merupakan sumber kewangan seharian mereka. Aktiviti ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan malah aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti sihat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam memastikan keupayaan sektor ini untuk bersaing dan memastikan kelicinan aktiviti berkaitan, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang mungkin timbul di dalam sektor ini. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada rekaan perabot yang mana dianggap amat penting dalam aktiviti di sektor ini. Dengan wujudnya kajian pada sektor yang terbabit seperti ini, diharap masalah yang timbul dapat diselesaikan dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Selain daripada mendapat faedah, daya kreativiti dan inovasi dapat ditonjolkan pada setiap aspek kajian rekaan. Walaupun sesetengah skop kajian adalah agak kecil namun ia memberi kesan yang sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti seharian di sektor ini.