Kajian penerimaan motif burung pada batik blok / Harziana Ghazali

Seni membatik merupakan satu lagi seni warisan masyarakat Melayu khususnya dan kepada Malaysia secara amnya Warisan ini haruslah sentiasa di jaga dan dipelihara agar ianya "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas" Sebagai bangsa yang sentiasa menjaga dan menagungkan warisan bangsa, ki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ghazali, Harziana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66648/1/66648.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66648/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni membatik merupakan satu lagi seni warisan masyarakat Melayu khususnya dan kepada Malaysia secara amnya Warisan ini haruslah sentiasa di jaga dan dipelihara agar ianya "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas" Sebagai bangsa yang sentiasa menjaga dan menagungkan warisan bangsa, kita haruslah sentiasa menjaga dan mengekalkannya agar ia tidak lupus ditelan zaman. Atas dasar ini, pengkaji mengambil inisiatif ini untuk membincangkan beberapa persoalan tentang seni batik ini. Tajuk yang diperbincangkan ini adalah 'Kajian Penerimaan Motif Burung F Batik Blok'. Di sini beberapa perkara akan diperbincangkan dengan tujuan untuk mengetahui dan menilai sejauh manakah tahap penerimaaan masyarakat terhadap motif burung ini. Setiap motif yang dihasilkan mempunyai kepentingan dan keunikkannya yang tersendiri dan setiap pembeli mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan hasil ataupun keputusan pengkaji telah menjalankan soal selidik yang dijalankan terhadap penduduk negeri Kelantan ini Melalui kaedah tersebut.pengkaji telah mengedarkan borang-borang kaji selidik untuk menilai pendapat dari penduduk negeri Kelantan yang merangkumi pelbagai peringkat seperti pengusaha batik, pereka, peniaga dan seterusnya para pembeli yang merupakan pihak yang menentukan sejauh manakah penerimaan motif burung ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan motif burung ini adalah kurang diterima oleh penduduk negeri Kelantan dan motif bunga ( flora ) lebih mendapat sambutan.