Persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan / Mawarni Mohamed … [et al.]

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan Tiga aspek yang digunakan untuk meninjau dan membezakan persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan adalah aspek jantina, aspek pengalaman dan aspek pengkhususan. Resp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Mawarni, Fauzee, Mohd. Sofian Omar, Lee, Teik Soon, Jusoh, Zarina, Ahmad Zainudin, Rosli Jamil
Format: Article
Language:English
Published: ACRULeT, Faculty of Education & UiTM Press 2006
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6647/1/AJ_MAWARNI%20MOHAMED%20AJUE%2006.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6647/
https://education.uitm.edu.my/ajue/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan Tiga aspek yang digunakan untuk meninjau dan membezakan persepsi guru sukan terhadap aspek keselamatan dalam program sukan adalah aspek jantina, aspek pengalaman dan aspek pengkhususan. Responden yang digunakan untuk kajian adalah seramai 120 orang pelajar (lelaki = 78; perempuan = 42) dari Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG), Bachelor Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dari pengkhususan Pendidikan Jasmani (n = 60) dan pengkhususan Bukan Pendidikan Jasmani (n = 60) iaitu dari PKPG - Sains Pertanian dan PKPG - Teknologi Maklumat yang berumur 27-43 tahun (min = 35). Dalam menentukan tahap persepsi guru sukan terhadap keselamatan dalam program sukan, empat kategori utama dalam keselamatan yang dapat memperlihatkan tahap persepsi guru sukan tentang keselamatan dalam sukan telah digunapakai iaitu kategori Pengawasan Yang Rapi, kategori Bimbingan Dan Tunjukajar, Kategori Pengetahuan Umum dan Kategori Persekitaran Yang Selamat. Keempat-empat kategori tersebut memberi gambaran tentang tahap persepsi tentang keselamatan di kalangan guru-guru sukan secara menyeluruh. Selepas kajian dilakukan, hasil dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam aspek pengalaman mengajar, dan pengkhususan, di kalangan responden. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek jantina. Berdasarkan dapatan tersebut, diharap kajian ini menjadi pemangkin kajian lanjutan yang menyumbang kepada peningkatan persepsi guru sukan terhadap keselamatan dalam program sukan hingga Berjaya mengurangkan kecederaan pelajar atau atlet dalam sukan.