Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris peringkat UPSR di kalangan murid-murid luar bandar kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Tumpat: kajian dan penyelesaian / Wan Mohd Farid Wan Yusof ... [et al.]

Kajian yang dibuat ini berkaitan dengan tajuk kelemahan Bahasa Inggeris di kalangan murid luar bandar di kawasan PPD Pasir Mas/Tumpat. Zon kajian ialah Zon Meranti yang mana ianya meliputi enam buah sekolah iaitu SK. Lati, SK. Mekasar, SK. Lemal, SK. Dato Hanmid 1, SK. Dato Hamid 2 dan SK. Tanjung C...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Yusof, Wan Mohd Farid, Che Deris, Che Nab, Che Saat, Yulaimi, Jusoh, Mohd Nor
Format: Student Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66051/1/66051.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66051/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dibuat ini berkaitan dengan tajuk kelemahan Bahasa Inggeris di kalangan murid luar bandar di kawasan PPD Pasir Mas/Tumpat. Zon kajian ialah Zon Meranti yang mana ianya meliputi enam buah sekolah iaitu SK. Lati, SK. Mekasar, SK. Lemal, SK. Dato Hanmid 1, SK. Dato Hamid 2 dan SK. Tanjung Chenak. Bahasa Inggeris telah dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan kebanyakan murid murid luar bandar tidak boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pada umumnya pencapaian Bahasa Inggeris sekolah-sekolah luar bandar agak lemah tetapi terdapat juga sekolah yang mampu mencatat prestasi yang baik. Dengan demikian maksud kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui setakat mana pencapaian Bahasa Inggeris sekolah luar bandar. lanya juga akan mengesan dan menyelidik faktor- faktor yang menyebabkan sekolah luar bandar agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan saranan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi Bahasa Inggeris di sekolah rendah amnya dan zon kajian khususnya. Terdapat beberapa peringkat dalam kajian ini. Untuk permulaan dipaparkan gambaran awal tentang subjek Bahasa Inggeris sekolah-sekolah rendah di negeri Kelantan secara keseluruhan. Begitu juga dengan pencapaian Bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah luar bandar akan turut dinyatakan sebagai perbandingan. Seterusnya kajian akan bertumpu kepada prestasi Bahasa Inggeris di kawasan PPD Pasir Mas/Tumpat. Berikutnya skop kajian diperkecilkan lagi dengan memberi penumpuan khusus kepada pencapaian bagi sekolah-sekolah di dalam zon kajian.