1 emas, 1 perak & 1 anugerah khas PPTnVIC2022 / Suhaiza Hasan and Nor Aimi Abdul Wahab

PERMATANG PAUH, 4 Februari 2022 - 2 Kumpulan Inovasi dari Program Pra Diploma Sains UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya merangkul 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 Anugerah Khas Ruby Prize dalam PPT National Virtual Innovation Competition 2022 (PPTnVIC2022). Kumpulan Inovasi ini telah dibimbi...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Hasan, Suhaiza, Abdul Wahab, Nor Aimi
التنسيق: Monograph
اللغة:English
منشور في: Jabatan Sains Gunaan 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65158/1/65158.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65158/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:PERMATANG PAUH, 4 Februari 2022 - 2 Kumpulan Inovasi dari Program Pra Diploma Sains UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya merangkul 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 Anugerah Khas Ruby Prize dalam PPT National Virtual Innovation Competition 2022 (PPTnVIC2022). Kumpulan Inovasi ini telah dibimbing oleh tiga pensyarah daripada JSG iaitu Puan Suhaiza Binti Hasan, Puan Noorezal Atfiynna Mohd Napiah dan Cik Nor Aimi Abdul Wahab. Inovasi PdP PHY083 Brain Booster yang dianggotai oleh Muhammad Ehsan Bin Sayuti, Nurliyana Binti Mohd Nizam dan Husna Binti Basyaruddin telah berjaya merangkul pingat emas dan memenangi anugerah khas (Ruby Prize) yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250 daripada pihak penganjur. PHY083 Brain Booster merupakan satu inovasi yang dihasilkan bertujuan untuk membantu para pelajar Pra Diploma Sains untuk mengukuhkan daya ingatan dan konsentrasi dalam pembelajaran Fizik. Ia berbentuk latihan minda yang juga bertujuan untuk menimbulkan minat dalam menguasai asas ilmu Fizik. Manakala bagi inovasi Chemithon & Physicsthon pula, kumpulan ini disertai oleh Dayang Nur Fatin Nadhirah Binti Awang Damit, Alya Nurazmina Binti Abdul Hamed dan Nur Adriana Nisa Binti Mohd Fuad. Chemithon & Physicsthon merupakan satu teknik baharu yang menggabungkan aktiviti ulangkaji subjek Fizik dan Kimia dan aktiviti fizikal menjelang peperiksaan akhir. Projek ini telah memenangi pingat Perak.