Umum: motivasi diri / Nooraza Tukiran and Maziah Mohamed Arif

Untuk berjaya, motivasi diri adalah satu perkara yang sangat penting dalam hidup dan dijadikan sebagai panduan. Kita perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri. Selain itu, kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau berada dalam masalah yang besar dan sukar untuk diselesaikan. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tukiran, Nooraza, Mohamed Arif, Maziah
Format: Article
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65041/1/65041.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65041/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk berjaya, motivasi diri adalah satu perkara yang sangat penting dalam hidup dan dijadikan sebagai panduan. Kita perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri. Selain itu, kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau berada dalam masalah yang besar dan sukar untuk diselesaikan. Kita harus sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan. Di samping itu, kita juga perlu berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang-orang lain yang telah berjaya. Dengan cara ini, kejayaan akan dapat di capai dengan lebih lancar dan mudah. Terdapat pelbagai definisi untuk motivasi. Ianya bergantung kepada keadaan atau situasi yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan motivasi tersebut. Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris – “MOTIVATION”. Perkataan asalnya ialah “MOTIVE” yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada MOTIF, yang bermaksud TUJUAN. Biasanya di akhbar atau di televisyen kerap wartawan mengunakan ayat “motif penipuan”. Perkataan motif di sini boleh difahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu penipuan itu dilakukan. Oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. Maka di sini motivasi boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menggerakkan dan mengarah tuju seseorang dalam tindak-tanduknya sama ada secara negatif atau positif.