Adaptasi teknologi digital dalam pengoperasian dan pemasaran: peluang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia / Zarifah Fadilah Ramli ... [et al.]

Platform kerja digital masih baru di Malaysia. Platform kerja digital mengubah cara bekerja dengan kebergantungan yang lebih kepada internet, laman web, media sosial, aplikasi mudah alih, aplikasi desktop, storan maklumat di Cloud, dan lain-lain lagi. Kini, dalam ketidakpastian lanskap ekonomi pasca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Zarifah Fadilah, Abd Karim, Hilwana, Amirnordin, Nur Alia, Md Akhir, Norhaniza, Zainal, Nurazilah, Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu, Mohd Isnani, Zaidatulhusna
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65040/1/65040.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65040/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Platform kerja digital masih baru di Malaysia. Platform kerja digital mengubah cara bekerja dengan kebergantungan yang lebih kepada internet, laman web, media sosial, aplikasi mudah alih, aplikasi desktop, storan maklumat di Cloud, dan lain-lain lagi. Kini, dalam ketidakpastian lanskap ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak organisasi dan perniagaan telah melakukan inovasi pengurusan dan pengoperasian melalui platform kerja digital. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sistem pendigitalan yang kukuh mampu untuk merubah cara masyarakat dalam berurusan dengan lebih efektif. Peniaga, pekebun dan nelayan juga turut sama memanfaatkan teknologi ini dalam memasarkan produk perniagaan mereka. Inilah contoh norma baharu yang membawa impak kepada sistem pendigitalan negara. “Ini juga salah satu cabaran baharu untuk kita bergerak ke hadapan. Keadaan akan kembali semula seperti dahulu tetapi dalam bentuk baharu,” tambahnya di dalam satu temu bual khas yang disiarkan di RTM, Astro Awani, TV3 dan Bernama TV pada 24 April 2020 yang lalu. PKS boleh memulakan usaha ke arah platform kerja digital dengan mengambil pakej percuma atau berbayar yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembekal. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti jadual di bawah.