Umum: cadangan panduan menunaikan umrah: do’s and dont's / Nurhanani Aflizan Mohamad Rusli ...[et al.]

Definisi umrah menurut bahasa bermaksud ziarah atau berkunjung. Manakala menurut istilah syarak, mengunjungi Baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu. Merujuk kepada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, hukum mengerjakan iba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan, Yaakob, Hafisah, Mohd Mahyideen, Dr. Jamilah, Mohamad, Dr. Wan Normila, Mohamed Arif, Maziah
Format: Article
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64793/1/64793.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64793/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Definisi umrah menurut bahasa bermaksud ziarah atau berkunjung. Manakala menurut istilah syarak, mengunjungi Baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu. Merujuk kepada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, hukum mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Bagi yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah berulang kali, hukumnya sunat. Ada banyak kelebihan yang dijanjikan kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan. Ini adalah bersesuaian dengan maksud hadis berikut: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.” Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449). Terdapat banyak syarikat pengendali umrah dan ziarah yang menawarkan pelbagai pakej-pakej kepada bakal jemaah Kebiasaanya, harga bagi setiap pakej adalah tertakluk kepada iklim dan musim di negara Mekah dan Madinah, bilangan jemaah yang menginap di bilik hotel, tambang penerbangan, tempat-tempat ziarah sekitar Mekah dan Madinah dan sebagainya. Harga pakej bagi kanak-kanak juga adalah berbeza dengan dewasa. Perbezaan harga antara adalah sekitar RM200 hingga RM1500 mengikut tawaran-tawaran di dalam pakej yang disediakan. Untuk panduan, harga pada musim panas adalah lebih murah berbanding pada musim sejuk. Ini kerana, bilangan pengunjung pada musim panas adalah tidak begitu ramai secara tidak langsung permintaan yang kurang ini akan menyebabkan pemilik hotel mengurangkan harga hotel masing-masing. Sebaliknya, harga pakej pada musim sejuk adalah lebih mahal dan perbezaan harga antara kedua-dua musim ini hampir mencecah RM1000. Tambahan, pada musim sejuk adalah seiring dengan cuti sekolah di Malaysia.