Pembelajaran alam maya norma baharu: tinjauan ringkas aktiviti sampingan di kalangan pelajar / Zailani Shafie, Faddliza Mohd Zaki and Nurhidayah Nasharudin

Kejutan dengan pengumuman lockdown di seluruh dunia mengundang pelbagai reaksi dan tindakan rakyat yang berbeza secara keseluruhannya tidak terkecuali negara Malaysia. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Malah, paling teruk sehingga ada yang tidak mempedulikannya dan ini menjurus kepada tragedi bur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shafie, Zailani, Mohd Zaki, Faddliza, Nasharudin, Nurhidayah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64416/1/64416.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64416/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejutan dengan pengumuman lockdown di seluruh dunia mengundang pelbagai reaksi dan tindakan rakyat yang berbeza secara keseluruhannya tidak terkecuali negara Malaysia. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Malah, paling teruk sehingga ada yang tidak mempedulikannya dan ini menjurus kepada tragedi buruk dengan merekodkan angka kematian yang tinggi. Tindakan kerajaan Malaysia bermula dari 16 Mac 2020 memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya dikuatkuasa pada 18 Mac 2020 di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan penyebaran COVID-19. Beberapa langkah penting juga dilaksanakan seperti pemakaian wajib pelitup muka, sanitasi tangan yang kerap dan penjarakan sosial yang kini dikenali sebagai penjarakan fizikal. Situasi PKP telah memberi kesan terhadap semua institusi pengajian di Malaysia termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM). Para pelajar yang baru sahaja mendaftar semester baru dengan sesi pengkuliahan yang baru bermula sekitar tiga (3) minggu akhirnya perlu menjalani kaedah pembelajaran baru iaitu di rumah kerana semua institusi pengajian awam dan swasta diarahkan untuk tutup. Maka, bermulalah evolusi baru dalam sistem pendidikan khususnya di UiTM dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian di rumah iaitu “Open and Distance Learning (ODL)”.