UiTM meterai kerjasama dengan AgroBank untuk melonjak kebolehpasaran graduan / Mohamed Syazwan Osman

Perkembangan landskap pendidikan pada ketika ini yang semakin mencabar telah membawa kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Agrobank hari ini. Kolaborasi yang dijalin adalah untuk membantu mengukuhkan peluang kepada kedua-dua belah pihak dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Mohamed Syazwan
Format: Article
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64031/1/64031.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64031/
https://news.uitm.edu.my/uitm-meterai-kerjasama-dengan-agrobank-untuk-melonjak-kebolehpasaran-graduan/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan landskap pendidikan pada ketika ini yang semakin mencabar telah membawa kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Agrobank hari ini. Kolaborasi yang dijalin adalah untuk membantu mengukuhkan peluang kepada kedua-dua belah pihak dari segi tenaga kerja, latihan, akademik, pertukaran pengetahuan dan kepakaran. Kerjasama itu antara lain bertujuan untuk melebar luas sinergi dalam membantu membina dan memperkasa bakat yang mengkhusus kepada bidang perbankan serta perkhidmatan kewangan. Hasilnya secara tidak langsung akan melonjak kebolehpasaran graduan dan pekerjaan menerusi program seperti keusahawanan, khidmat masyarakat, pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi. Berucap pada majlis menandatangani pemeteraian MoU ini, YBhg Datuk Yunos Abd Ghani, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank berkata, “Agrobank mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk membina saluran tenaga kerja masa depan bagi industri perbankan dan perkhidmatan kewangan. Memandangkan persekitaran yang pesat berubah di mana bank perlu beroperasi dengan keupayaan yang optimum, tenaga kerja yang berkualiti merupakan asas kepada kejayaan ini. Oleh itu, universiti seperti UiTM memainkan peranan penting dalam membangunkan saluran tenaga kerja kepada industri dan saya percaya inisiatif bersama di bawah MoU ini mampu memberi sumbangan berharga ke arah membina ekonomi berasaskan pengetahuan.