Pengajaran dan pembelajaran atas talian: norma baru yang tidak normal? / Muriatul Khusmah Musa and Mohamad Zain Hashim
Pandemik Covid 19 yang melanda Malaysia dan juga seluruh dunia tidak sahaja mengubah lanskap ekonomi dan sosial negara, malah ia turut memberi impak yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Pada awal tahun 2020 pengajaran secara bersemuka di Malaysia telah dihentikan serta merta akibat kawalan per...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63418/1/63418.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63418/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandemik Covid 19 yang melanda Malaysia dan juga seluruh dunia tidak sahaja mengubah lanskap ekonomi dan sosial negara, malah ia turut memberi impak yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Pada awal tahun 2020 pengajaran secara bersemuka di Malaysia telah dihentikan serta merta akibat kawalan pergerakan penuh (PKP) di mana semua pendidik dan pelajar secara tidak lansung terpaksa menjalankan pengajaran dan pembelajaran atas talian tidak kira dimana mereka berada. Ia melibatkan semua peringkat pendidikan bermula dari pra- sekolah hinggalah ke universiti. Pembelajaran atas talian membawa perubahan yang besar di dalam dunia pendidikan. Kekurangan kemahiran mengajar secara atas talian, sambungan internet yang rendah, pelajar tidak mempunyai peralatan pembelajaran yang sesuai, persediaan yang lama untuk kelas di atas talian adalah antara kesukaran yang perlu diharungi oleh warga pendidik. Namun, di sebalik semua cabaran yang dihadapi, para guru dan pensyarah berjaya mengharungi ‘norma baharu’ pengajaran dan pembelajaran. Warga pendidik berusaha untuk mengatasi kegusaran mereka dan mula menyesuaikan dan menambahbaik kemahiran pengajaran digital mereka bagi memastikan mereka mampu memenuhi tuntutan 'norma baharu' ini untuk memenuhi keperluan pembelajaran para pelajar . Apakah yang dimaksudkan oleh ‘kebiasaan baru’ (new normal) dan juga ‘norma baru’. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ‘kebiasaan baru’ bermaksud perkara baru atau tindakan baru yang sebelum ini bukan kebiasaan tetapi telah diterima pakai oleh masyarakat disebabkan oleh penyakit berjangkit seperti pandemik Covid 19 dan diadaptasikan dalam amalan harian. Sementara itu ‘norma baru’ pula boleh didefinisikan sebagai peraturan baru yang diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat setelah berlakunya sesuatu penyakit berjangkit seperti Covid 19. |
---|