Sejauhmana latarbelakang sosio ekonomi keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (tumpuan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose, Ayer Tawar, Perak) / Naaimah Osman and Noorhaslina Abdul Hadi
Pelajar adalah aset kepada sesebuah negara dan bakal pewaris negara di masa akan datang. Dalam melangkah era globalisasi, kecemerlangan dalam akademik menjanjikan suatu pasport bagi meraih kesenangan di hari hadapan. Namun, dalam menuju ke arah kecemerlangan, banyak duri rintangan yang terpaksa diha...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62877/1/62877.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62877/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar adalah aset kepada sesebuah negara dan bakal pewaris negara di masa akan datang. Dalam melangkah era globalisasi, kecemerlangan dalam akademik menjanjikan suatu pasport bagi meraih kesenangan di hari hadapan. Namun, dalam menuju ke arah kecemerlangan, banyak duri rintangan yang terpaksa dihadapi. Sosio ekonomi keluarga dilihat sebagai salah satu faktor utama yang dihadapi oleh pelajar dalam mengejar kecemerlangan akedemik. Ketidakmampuan keluarga menyediakan prasarana rumah yang sesuai bagi tujuan pembelajaran di rumah dan kemampuan ekonomi yang terhad sedikit sebanyak mengganggu penumpuan pelajar terhadap akademik. Kajian ini yang meliputi pendapatan dan tanggungan selain aspek-aspek lain dapat menggambarkan pola perbelanjaan sesebuah keluarga yang memperlihatkan bagaimana agihan perbelanjaan dan komitmen terhadap pendidikan anak. Faktor jarak kediaman pelajar dengan sekolah dan kebenaran kewujudan fenomena pekerja bawah umur terdiri daripada pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan ketidakmampuan ekonomi keluarga dan implikasi yang diterima oleh pelajar turut diselidiki. Bagi mengukur kecemerlangan seseorang pelajar, penilaian kajian adalah menyeluruh meliputi pencapaian dalam kurikulum dan ko-kurikulum di samping faktor-faktor lain yang boleh mengganggu kelancaran proses pembelajaran. Pencapaian dilihat melalui keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diduduki di samping penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Walaupun faktor sosio ekonomi yang dianggap sebagai hanya menyumbang peratusan kecil kepada kegagalan kecemerlangan akademik pelajar namun ia dilihat mampu menjadi penghalang kepada usaha pelajar mengeksploitasi potensi untuk menyerlah. |
---|