Perbandingan antara sistem perbankan Islam dan sistem konvensional: kajian kes-Bank Muamalat Taiping / Mustaffa Kamal Abd. Rahim ... [et al.]

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah perbezaan amalan yang wujud di antara Bank Muamalat dan bank-bank perdagangan di Taiping. Kajian ini dibahagikan kepada dua aspek. Aspek pertama merupakan perbandingan dari segi akta operasi bank bagi Bank Muamalat dan bank perdagangan. Aspek ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Rahim, Mustaffa Kamal, Razali, Shahrul Nizam, Yahya, Abdul Razak, Anen, Abdul Halim
Format: Student Project
Language:English
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62705/1/62705.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62705/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah perbezaan amalan yang wujud di antara Bank Muamalat dan bank-bank perdagangan di Taiping. Kajian ini dibahagikan kepada dua aspek. Aspek pertama merupakan perbandingan dari segi akta operasi bank bagi Bank Muamalat dan bank perdagangan. Aspek kedua merangkumi urusan pembayaran untung dan faedah - hubungan bank dengan penyimpan dan pelabur serta perkhidmatan-perkhidmatan urusan bank yang disediakan seperti akaun simpanan, pembiayaan, pinjaman dan sebagainya. Penganalisaan ke atas akta operasi bank adalah berdasarkan kepada pemerhatian ke atas laporan-laporan buletin bank, laporan tahunan dan sumber-sumber rujukan yang lain yang berkaitan. Bagi aspek kedua, penganalisaan dilakukan berdasarkan kepada pengiraan mudah ke atas akaun untung dan rugi, pembayaran dividen, diskaun dan dikaitkan dengan kepentingan kepada penyimpan, pelabur dan masyarakat keseluruhannya.Walaubagaimanapun kajian ini bukanlah benar-benar lengkap. Kajian ini hanyalah berdasarkan kepada pemerhatian ke atas laporan tahunan, aktiviti bank dan dikaitkan hubungkan aktiviti tersebut dari pandangan islam menerusi Al-Quran dan Hadis. Semoga dengan adanya kajian ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan keraguan masyarakat Islam ke atas sistem yang diamalkan sekarang.