Penggunaan kutubkhanah desa KEMAS di daerah Segamat: satu tinjauan kes / Mohd Jailani Paiman, Mohd Zaihan Hussin and Shaifol Yazam Mat

Apabila aspek keperluan maklumat dibincangkan, golongan masyarakat desa yang hidupnya bergantung kepada sektor pertanian seharusnya tidak dilupakan. adalah jelas bahawa para penduduk desa juga memerlukan maklumat untuk mencapai tahap permodenan pertanian yang diamalkan. Kini masyarakat luar bandar b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Paiman, Mohd Jailani, Hussin, Mohd Zaihan, Mat, Shaifol Yazam
Format: Research Reports
Language:English
Published: 1986
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62423/1/62423.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62423/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Apabila aspek keperluan maklumat dibincangkan, golongan masyarakat desa yang hidupnya bergantung kepada sektor pertanian seharusnya tidak dilupakan. adalah jelas bahawa para penduduk desa juga memerlukan maklumat untuk mencapai tahap permodenan pertanian yang diamalkan. Kini masyarakat luar bandar bukanlah suatu kominiti yang jauh ketinggalan untuk menerima perubahan corak hidup dan pemodenan, tetapi merupakan masyarakat yang sudah celik dan memandang jauh kehadapan demi menuju masa depan yang lebih cerah. Atas tujuan itulah, agensi Kemajuan Masyarakat atau nama singkatannya KEMAS telah ditubuhkan pada tahun 1961 yang asalnya daripada Jabatan Pelajaran Dewasa dan Pembangunan Masyarakat. KEMAS yang dibawah naungan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, mempunyai beberapa garis panduan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar merebut faedah-faedah perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan. Untuk itu beberapa garis panduan telah diadakan yang antaranya :- 1. Mengubah sikap dan menyemai perasaan kesedaran dikalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari. 2. Mewujudkan minat, inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik. 3. Mengeratkan kerjasama antara rakyat dengan kerajaan di sampinq mendapatkan sokongan mereka dalam usaha-usaha pembangunan negara. 4. Melibatkan rakyat untuk menyertai dan memainkan peranan secara aktif dan berkesan bagi mencapai matlamat dasar-dasar negara.