Kajian kelakuan tidak sosial dan sosial lotong cengkung (trachypithecus obscura) di lapangan di Zoo Melaka / M. Muzamil …[et al.]

Kajian ini bertujuan untuk membezakan kelakuan sosial dan tidak sosial dalam kumpulan Primat liar (Trachypithecus obscura) di Zoo Melaka yang tidak terhabituasi kepada manusia. Kajian dilakukan selama 06 hari dengan masa persampelan selama 02 jam/hari. Persampelan dilakukan bermula jam 0700 hingga 0...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: M., Muzamil, Z.Z., Zainuddin, H., Sarina, M.N., Ramlan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62390/1/62390.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62390/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membezakan kelakuan sosial dan tidak sosial dalam kumpulan Primat liar (Trachypithecus obscura) di Zoo Melaka yang tidak terhabituasi kepada manusia. Kajian dilakukan selama 06 hari dengan masa persampelan selama 02 jam/hari. Persampelan dilakukan bermula jam 0700 hingga 0900; 1 jam pertama dengan kaedah persampelan ad libitum dan 1 jam kedua dengan persampelan imbasan. Parameter kelakuan tidak sosial ialah berehat, makan, bergayut, memanjat, melompat, berjalan, menggaru dan berbunyi manakala bagi kelakuan sosial pula ialah berdandan, bermain, berehat, berpeluk, bergaduh, membawa anak, makan dan berkejaran. Hasil yang diperolehi, kelakuan tidak sosial sebanyak 59.4% manakala kelakuan sosial 40.6%. Dari ujian T (t = 13.43), didapati kelakuan tidak sosial dan sosial adalah berbeza secara signifikan iaitu wujud perbezaan bererti antara kedua-duanya. Analisis korelasi menunjukkan terdapat perhubungan bererti yang positif (r = + 0.82) iaitu apabila kelakuan tidak sosial meningkat, kelakuan sosial juga turut meningkat dan sebaliknya.