Rekabentuk kereta roda keselamatan untuk kanak-kanak kecil / Mohamad Rafe Mohd Soud and Hishamuddin Saru

Pada suatu ketika dahulu para penjaga menghadapi kesukaran di dalam melatih kanak-kanak mereka berjalan. Ibubapa menggunakan tiang bagi tujuan tersebut. Dengan itu satu alat telah direka cipta bagi memudahkan tugas ibubapa dan kesenangan kepada kanak-kanak tersebut. Kereta roda telah direkabentuk un...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Soud, Mohamad Rafe, Saru, Hishamuddin
Format: Student Project
Language:English
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62379/1/62379.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62379/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada suatu ketika dahulu para penjaga menghadapi kesukaran di dalam melatih kanak-kanak mereka berjalan. Ibubapa menggunakan tiang bagi tujuan tersebut. Dengan itu satu alat telah direka cipta bagi memudahkan tugas ibubapa dan kesenangan kepada kanak-kanak tersebut. Kereta roda telah direkabentuk untuk memberi kemudahan bagi kanak-kanak melatih diri mereka berjalan tanpa penjagaan sepenuhnya dari ibubapa. Namun begitu, pada awal alat ini direkacipta, banyak kelemahan yang ketara boleh diperhatikan. Kelemahan ini wujud dalam bentuk kekuatan dan keselamatan. Ini menyebabkan para penjaga bimbang akan keselamatan kanak-kanak mereka disebabkan bentuk kereta roda masa awalnya tidak begitu mementingkan ciri keselamatan. Kereta roda itu mudah terbalik dan memberi kecederaan pada kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat seperti ini masih tidak mengetahuhi buruk baik sesuatu pekerjaan yang dilakukannya. Oleh itu berbagai perkara boleh berlaku. Oleh itu maka timbullah satu cadangan yang lebih bernas untuk mereka bentuk alat yang lebih menarik dan berciri keselamatan. Dengan ini keselamatan kanak-kanak akan lebih terjamin dan para penjaga merasa yakin tentang keselamatan kanak-kanak mereka.