Turbin ventilator - pemilihan bahan / Azman Mohd. Noor dan Ishak Ibrahim

Dengan lafaz tahmid yang mulia, kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta rahmat keizinanNya dapatlah kami menyiapkan lapuran projek tahun akhir ini. Berbagai-bagai cabaran dan pengajaran yang kami tempuhi semasa menyiapkannya. Sebenarnya Turbine Ventilator adalah suatu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Noor, Azman, Ibrahim, Ishak
Format: Research Reports
Language:English
Published: 1992
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62340/1/62340.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62340/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dengan lafaz tahmid yang mulia, kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta rahmat keizinanNya dapatlah kami menyiapkan lapuran projek tahun akhir ini. Berbagai-bagai cabaran dan pengajaran yang kami tempuhi semasa menyiapkannya. Sebenarnya Turbine Ventilator adalah suatu alat yang menghasilkan peredaran udara secara berterusan untuk kegunaan kilang-kilang dan juga rumah penginapan. Sesuai dengan pembangunan yang semakin pesat di Malaysia ini yang semakin di kelilingi oleh kilang-kilang industri dan bangunanbangunan moden dan canggih bersifat lebih tertutup adalah sesuai menggunakannya supaya pengaliran udara di dalam bangunan lebih berkesan. Ianya bukan sahaja menyebabkan peredaran udara malah dapat juga mengurangkan darjah kepanasan, habuk, debu dan kotoran lain serta menambah keselesaan. Oleh kerana alat ini terdedah kepada persekitaran yang terbuka iaitu di bahagian atas bumbung maka cuaca yang berbagai, angin, hujan, panas dan cahaya matahari yang juga akan memberi kesan yang berbagai. Dengan sebab itulah ia hendaklah dibuat dari bahan yang dapat menangkis kesan tersebut dan di rekabentuk dengan baik supaya dapat tahan kepada persekitaran secara berkesan. Jadi amatlah sesuai 4 sekiranya bahan untuk membuatnya mempunyai sifat-sifat fizikal, mekanikal dan kimia seperti kuat, kekerasan, ringan, tahan karat, tahan panas dan Iain-lain. Sifat-sifat bahan ini akan dapat meningkatkan hayat supaya kecekapannya lebih berkesan dan lebih tahan lama. Bahan-bahan yang sesuai untuk membuatnya tidaklah sematamata bergantung kepada kumpulan logam bahkan juga dari jenis polimer, komposit dan juga seramik. Ini disebabkan bahanbahan ini juga memenuhi sifat-sifat yang diperlukan seperti yang telah tersebut di atas. Akhir sekali kami mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang terlibat seeara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek kami ini. Bagi kami, tiadalah upaya untuk kami membalas segala jasa baik dan pengorbanan- mereka yang terlibat melainkan kepada Allah sajalah kami pohonkan segala rahmat dan kesejahteraan untuk mereka.