Cadangan rekabentuk dalaman butik Noor Arfa Batek di P/E Lot 23, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur / Aziera Md. Azian

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Cadangan merekabentuk wajah baru butik No...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Azian, Aziera
Format: Student Project
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62236/1/62236.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62236/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Cadangan merekabentuk wajah baru butik Noor Arfa Batek di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini adalah disebabkan oleh fenomena fesyen yang melibatkan batik terutama 'Urban Batik' di Malaysia kini bagaikan goreng pisang panas yang telah mendapat tempat dihati-hati masyarakat terutama di kalangan pencinta fesyen tanah air. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mengenengahkan lagi keunikan dan keaslian hasil batik ini dengan lebih luas lagi kepada orang ramai. Dengan ini, fenomena fesyen batik ini bukan sahaja dapat diperluaskan, malah ianya juga mampu membawa identiti dan budaya hasil seni melayu ke tahap antarabangsa dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ketimuran yang harmoni. Memandangkan fenomena ini masih lagi baru mendapat perhatian orang ramai, dan tidak berapa dikenali secara global, maka adalah menjadi tanggungjawab 'Noor Arfa Batek' untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenainya. Oleh itu imej dan reka bentuk yang baru untuk klien harus dihasilkan bagi menarik perhatian pelanggan. Selain dari itu, melalui penataan dan susun atur ruang dalam reka bentuk kedai ini dapat membawa pelanggan merasai suasana ruang yang unik dan menarik yang tidak terdapat di mana-mana kedai biasa. 'Noor Arfa Batek' bukan sahaja berperanan sebagai kedai menjual barangan berkonsep batik, malah ia juga turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mesra pelanggan dan menjadi perintis untuk reka bentuk kedai berkonsep batik yang sistematik, berinformatif dan interaktif. Kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal dijalankan ini haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Oiharapkan, rekabentuk baru ini akan dapat memberi manfaat kepada semua individu, samada pelancong asing mahupun rakyat di negara ini.