Cadangan rekabentuk dalaman Galeri Alat Muzik Tradisional Melayu di Lot 231 Jalan Ampang, 50566 Bukit Nanas, Kuala Lumpur / Noor Fazilah Mahmad Ridwan

Projek akhir ini merupakan cadangan rekabentuk dalaman sebuah Galeri Alat Muzik Tradisional Melayu yang terletak di Lot 231, Jalan Ampang, Bukit Nanas.Kuaia Lumpur. Tujuan penubuhan galeri ini adalah untuk memperkenalkan kepada umum tentang kehalusan seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Sepert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmad Ridwan, Noor Fazilah
Format: Student Project
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62235/1/62235.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62235/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir ini merupakan cadangan rekabentuk dalaman sebuah Galeri Alat Muzik Tradisional Melayu yang terletak di Lot 231, Jalan Ampang, Bukit Nanas.Kuaia Lumpur. Tujuan penubuhan galeri ini adalah untuk memperkenalkan kepada umum tentang kehalusan seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Seperti yang diketahui Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa di mana setiap satunya telah menyumbangkan kehalusan seni yang tersendiri.Tujuan utama projek ini dicadangkan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi baru kita tentang budaya dan kesenian yang kaya di negara kita pada suatu ketika dahulu di mana ia semakin dilupakan oleh generasi kita pada hari ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaitan muzik di Malaysia dengan kehidupan dan budaya masyarakatnya termasuklah dalam bidang seni bina. la juga bertujuan untuk mengkaji tentang keperluan-keperluan ruang yang terdapat di dalam sesebuah galeri. Justeru itu satu perancangan telah dibuat sebelum merekabentuk setiap ruang yang telah dicadangkan. Beberapa aspek penting telah diambil kira bagi memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengunjung. Keselesaan pengunjung amat penting supaya mereka tidak berasa bosan semasa mengunjungi galeri ini.Selain itu penubuhan galeri ini juga adalah untuk menghasilkan satu rekabentuk baru bagi sebuah galeri.Diharapkan dengan penubuhan galeri ini akan dapat memberi manafaat kepada bukan sahaja masyarakat di sini tetapi juga pengunjung asing yang meminati seni, budaya dan muzik yang terdapat Malaysia.