Kajian prestasi akademik pelajar mengikut jantina di Universiti Teknologi MARA Sarawak: kajian kes / Christyalda Lunyai … [et.al.]

Kajian ini merupakan kajian mengenai prestasi akademik pelajar mengikut jantina di Universiti Teknologi MARA Sarawak. Seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada 45 orang lelaki dan 55 orang perempuan dari sepuluh buah program peringkat Diploma sepenuh masa dipilih secara rawak sebagai respondan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lunyai, Christyalda, Majidi, Hairudzi, Bujang, Bonnyta, Puasah, Roslan, Basik, Petrus
Format: Student Project
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61423/1/61423.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61423/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian mengenai prestasi akademik pelajar mengikut jantina di Universiti Teknologi MARA Sarawak. Seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada 45 orang lelaki dan 55 orang perempuan dari sepuluh buah program peringkat Diploma sepenuh masa dipilih secara rawak sebagai respondan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor, kesan dan penyelesaian kepada masalah yang timbul berkenaan dengan prestasi akademik pelajar. Secara umumnya, pelajar perempuan adalah melebihi pelajar lelaki. Di samping itu, keputusan pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki. Ini disebabkan oleh sikap dan mentaliti pelajar itu sendiri. Terdapat juga faktor lain seperti masalah kewangan, tempat belajar, pengurusan masa, teknik belajar dan juga penglibatan pelajar untuk membuat perbincangan samada dengan rakan-rakan ataupun pensyarah. Para pelajar sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pelajaran dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Pihak UiTM Sarawak juga perlu memainkan peranan memberi bantuan kepada pelajar seperti program motivasi, kemudahan yang selesa dan bantuan kewangan. Akhir sekali, kajian ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang permasalahan yang berkaitan dengan prestasi akademik pelajar dan cara untuk mengatasinya.