Abah, sungguh dirimu memberi inspirasi / Farhatun Atmam Jamaluddin

Dibesarkan dalam suasana kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan begitu menyuntik emosi anak ini akan kecekalan hati seorang insan yang dipanggil “Abah". Abahku bekerja sebagai nelayan dan ibuku telah meninggal dunia tatkala usia ku menjengah 10 tahun. Usai peninggalan arwah ibuku, pelb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaluddin, Farhatun Atmam
Format: Monograph
Language:English
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60986/1/60986.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60986/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dibesarkan dalam suasana kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan begitu menyuntik emosi anak ini akan kecekalan hati seorang insan yang dipanggil “Abah". Abahku bekerja sebagai nelayan dan ibuku telah meninggal dunia tatkala usia ku menjengah 10 tahun. Usai peninggalan arwah ibuku, pelbagai tawaran aku terima daripada jiran tetangga untuk menjadikan aku sebagai anak angkat mereka sekaligus memisahkan suasana kehidupan ku bersama abah. Namun, dengan riak wajah yang tenang, penuh keyakinan dan pengharapan kepada Allah, tegas abah mengatakan kemampu- annya untuk terus membesarkan diri ku sendirian, walaupun dalam suasana serba kekurangan. Seawal usiaku menjengah 13 tahun, aku dihantar ke sekolah asrama. Di asrama, emosiku kembali terganggu dan perasaan sedih berbaur gembira diselangi rasa cemburu datang silih berganti tatkala melihat aksi kawan-kawanku berpelukan tanda kasih sayang dan rindu bersama ibu bapa mereka usai bertemu dan berpisah setiap minggu berlegar-legar ditikiranku. Sehingga akhirnya mengundang titisan jernih yang kian deras dari kelopak mataku sebagai gambaran rinduku kepada arwah ibu yang tidak mampu diungkap.