Pengenalan kepada sistem pakar / Jamaludin Md Yusof

Apabila kita memperkatakan tentang "sistem pakar". kita tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang "kepintaran buatan". Ini kerana sistem pakar merupakan salah satu cabang bagi kepintaran buatan medefinisikan kepintaran buatan seperti berikut; "Kepintaran buatan adalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Yusof, Jamaludin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 1990
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60884/1/60884.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60884/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Apabila kita memperkatakan tentang "sistem pakar". kita tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang "kepintaran buatan". Ini kerana sistem pakar merupakan salah satu cabang bagi kepintaran buatan medefinisikan kepintaran buatan seperti berikut; "Kepintaran buatan adalah kajian bagaimana mahu menjadikan komputer melaksanakan kerja yang pada masa ini manusia melakukannya dengan lebih baik lagi" Daripada takrifan di atas, dapat kita fahami kepintaran buatan adalah kajian atau penyelidikan bagaimana mahu menjadikan komputer dapat melaksanakan suatu fungsi yang boleh dianggap sebagai aktiviti manusia paras tinggi seperti melihat, mendengar. merancang dan memanipulasi. Kepintaran buatan sebenarnya berasal daripada sistem pemprosesan data tradisional. Ia terhasil dari percubaan berterusan untuk memperbaiki dan mengembangkan lagi pengautomasian setengah-setengah aspek pemprosesan maklumat manusia. Proses evolusi ini telah diterangkan oleh Nebendahl [2], iaitu komputer pada mulanya digunakan untuk memproses data (terdiri daripada digit, nombor dan aksara). Tahun tahun 70-an dan 80-an telah membawa kepada pengembangan konsep data kepada maklumat (terdiri daripada data, teks_imej dan suara) dan selanjutnya istilah ''pemprosesan data" diubah kepada ''pemprosesan maklumat". Sementara "pengetahuan" merupakan domain bagi manusia kerana manusia adalah pintar dari segi kebolehan mengawal pengetahuan dan menggunakanya bersama dengan pertimbangan dan pengalaman dalam menyesuaikan diri dengan situasi baru. Dari sinilah konsep kepintaran manusia disesuaikan dengan kebolehan memproses maklumat oleh komputer dengan tambahan perkataan "buatan".