Keperluan Rang Undang-Undang 355: analisis terhadap usul persendirian Yang Berhormat ahli parlimen Marang / Farah Najwa Mazida and Siti Aisyah Samudin

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis keperluan Rang Undang-Undang 355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Malaysia dengan merujuk kepada usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang pada 6 April 2017. Kajian ini melihat kepada k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazida, Farah Najwa, Samudin, Siti Aisyah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60500/1/60500.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60500/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis keperluan Rang Undang-Undang 355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Malaysia dengan merujuk kepada usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang pada 6 April 2017. Kajian ini melihat kepada keadaan semasa kes-kes syariah yang semakin berleluasa, namun hukuman yang sedia ada tidak mampu menjadi mekanisme penyelesaian yang tuntas. Objektif artikel ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti kerelevanan kerangka undang-undang sedia ada dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat dengan menganalisis usul yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dengan cadangan meningkatkan tahap had hukuman kepada lebih tinggi dan bersesuaian. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen merangkumi rujukan statut perundangan, artikel dari jurnal berimpak tinggi, serta rujukan kes yang telah selesai dari tahun 2015 sehingga 2020. Turut dimuatkan juga kajian lapangan dengan menemubual pengamal undang-undang daripada Bahagian Pendakwaan Mahkamah Syariah. Justeru satu penambahbaikan ke atas undang-undang jenayah syariah wajar dilakukan demi meletakkan kedudukan sistem perundangan syariah Malaysia pada aras yang lebih baik. Selain itu, konflik bidangkuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam pengendalian kes jenayah syariah akan sedikit terungkai dan keadilan sewajarnya dapat diberikan demi kemaslahatan masyarakat sejagat.