Analisis perbandingan fatwa mengenai kaedah stunning di kalangan negara-negara Asia Tenggara / Muhamad Firdaus Shapian, Mohd Faizal P. Rameli and Mohd Hapiz Mahaiyadin

Isu penggunaan kaedah stunning sebelum haiwan disembelih pernah menjadi suatu topik yang begitu hangat di dada-dada akhbar, di kaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mahupun di tengah-tengah arus media-media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Youtube. Kaedah stunning dilihat sema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shapian, Muhamad Firdaus, P. Rameli, Mohd Faizal, Mahaiyadin, Mohd Hapiz
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60499/1/60499.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60499/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu penggunaan kaedah stunning sebelum haiwan disembelih pernah menjadi suatu topik yang begitu hangat di dada-dada akhbar, di kaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mahupun di tengah-tengah arus media-media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Youtube. Kaedah stunning dilihat semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha atau pengeluar bahan mentah seperti daging ayam, lembu, kerbau dan kambing. Ini disebabkan oleh faktor yang mendesak bagi pengeluaran yang optimum untuk memenuhi keperluan bahan mentah daging sentiasa mencukupi di pasaran terutamanya pada hari-hari perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Krismas. Apabila berdiskusi mengenai kaedah Stunning, soal hukum hakam dan fatwa mengenai kaedah stunning perlu ditekankan. Terdapat banyak keputusan fatwa mengenai kaedah stunning yang telah diputuskan oleh negara-negara Asia Tenggara. Justeru itu, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang analisis perbandingan fatwa mengenai kaedah stunning di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Artikel ini menggunakan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang berbentuk dokumen seperti Koleksi Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, koleksi fatwa-fatwa dan undang-undang negara-negara Islam di Asia Tenggara mengenai kaedah stunning seperti fatwa dari negara Brunei, negara Indonesia, negara Thailand, negara Filipina, negara Singapura dan lain-lain. Artikel ini juga menggunapakai pelbagai bahan-bahan ilmiah dari sumber yang pelbagai seperti jurnal, garis panduan dan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kaedah stunning. Setiap negara di Asia Tenggara mempunyai perbezaan fatwa dan undang-undang mengenai stunning, yang pastinya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.