Think like a Professional Designer: 5 strategi design / Zulkarnian Hassan dan Siti Maryam Ali Yasin

Perkembangan industri seramik di Malaysia menunjukkan statistik yang memberangsangkan dari segi kelestarian rekabentuk, variasi produk, multi-fungsi, nilai estetika dan penerokaan terhadap bahan-bahan baharu. Pereka produk seramik kini dianggap sebagai ‘watak’ yang bertanggungjawab dalam mereka bent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Zulkarnian, Ali Yasin, Siti Maryam
Format: Book Section
Language:English
Published: UiTM Perak Press 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59360/1/59360.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59360/
https://gab.adperak.com/my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan industri seramik di Malaysia menunjukkan statistik yang memberangsangkan dari segi kelestarian rekabentuk, variasi produk, multi-fungsi, nilai estetika dan penerokaan terhadap bahan-bahan baharu. Pereka produk seramik kini dianggap sebagai ‘watak’ yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk produk mengikut keperluan semasa serta perlu bereksperimentasi dengan bahan tanah liat seperti porselin, stoneware, terracotta, dan bone China untuk kelangsungan perniagaan mereka. Secara umumnya, pereka memainkan peranan penting sebagai ‘penyelesai masalah’, memberi nilai produk, membawa visi dalam kehidupan, berkhidmat kepada pengguna melalui fizikal produk dan menjalankan kajian terhadap rekabentuk semasa. Tahap pemikiran pereka menjadi asas kepada penciptaan reka bentuk yang unik, beremosi dan berpusatkan kepada faktor manusia. Realitinya, setiap pereka mempunyai tahap kreativiti yang berbeza yang boleh menyumbang kepada penciptaan sesuatu rekabentuk. Walaubagaimanapun, perbezaan tahap pemikiran pereka boleh memberi kesan terhadap kualiti dan nilai reka bentuk produk. Justeru, pendekatan yang diambil oleh pereka junior khususnya harus bersesuaian dan tepat agar memberikan hasil yang memuaskan bagi sesuatu projek reka bentuk. Dalam artikel ini, strategi pemikiran reka bentuk produk menerusi buku ‘Panduan Asas Pemikiran: Reka bentuk Produk’ oleh Abidin dihuraikan dan disesuaikan dalam bidang Seramik untuk memberi inspirasi dan kefahaman dalam proses mereka bentuk yang boleh memanfaatkan pereka muda seramik.