Redup merah Si Heliconia / Muliyati Mat Alim

Redup Merah Si Heliconia adalah tajuk kepada karya digital ini. Warna merah selalu menghangatkan suasana, memberi tenaga, dan kadang kala menjadi peringatan bahaya yang mendatang. Walau bagaimana pun karya ini menggambarkan warna merah pada Heliconia menjadi titik fokus yang mendamaikan dalam rimbun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Alim, Muliyati
Other Authors: Hassan, Normarziana (Ts.)
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58755/1/58755.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58755/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Redup Merah Si Heliconia adalah tajuk kepada karya digital ini. Warna merah selalu menghangatkan suasana, memberi tenaga, dan kadang kala menjadi peringatan bahaya yang mendatang. Walau bagaimana pun karya ini menggambarkan warna merah pada Heliconia menjadi titik fokus yang mendamaikan dalam rimbunan hijau dedaun. Merah dominan Si Heliconia tenang redup di tengah hijau dedaun, simbolik kepada kehidupan yang biasa harmoni walau kadang kala dugaan menjengah. Namun dugaan itu menjadikan hidup penuh pelajaran dan pengalaman. Tidak ternilai malah berharga menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup. Dedaun hijau yang besar dan lebar menjadi latar bagi Heliconia melambangkan kehidupan kita yang tidak bersendiri tetapi mempunyai seseorang yang menjadi pelindung dan menyokong kehidupan. Karya ini dihasilkan secara digital menggunakan aplikasi Procreate. Bersaiz 11“ x 8.5“. Karya menggabungkan elemen garisan, bentuk, warna, ruang dan juga tekstur. Imej Heliconia di ruang tengah menampilkan ia elemen yang dominan dengan warna merah. Diharmonikan dengan warna kuning, jingga dan hijau. Elemen garisan dilukis secara bertindih dan berulang mengikut bentuk imej Heliconia dan dedaun. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan visual lebih hidup (pergerakan) dan mempunyai pembentukan peribadi tersendiri. Imej dedaun yang lebih besar diletakkan di ruangan belakang menjadikan karya lebih seimbang. Penggunaan garisan halus berwarna putih pula untuk memberi kesan kemasan dan sentuhan akhir kepada karya ini.