Kelestarian pembangunan harta wakaf: analisis konseptual / Surita Hartini Mat Hassan and Mohd Nasir Ayub

Pembangunan tanah wakaf secara lestari merupakan satu keperluan pada masa ini dalam usaha memastikan manfaat daripada aktiviti pembangunan ke atas harta wakaf dapat dimanfaatkan secara berterusan. Pembangunan secara produktif dapat menghasilkan manfaat yang berterusan di samping dapat menyumbang dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Hassan, Surita Hartini, Ayub, Mohd Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58725/1/58725.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58725/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/intelek
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan tanah wakaf secara lestari merupakan satu keperluan pada masa ini dalam usaha memastikan manfaat daripada aktiviti pembangunan ke atas harta wakaf dapat dimanfaatkan secara berterusan. Pembangunan secara produktif dapat menghasilkan manfaat yang berterusan di samping dapat menyumbang dana dalam pembangunan sosio-ekonomi umat Islam yang lestari. Pembangunan yang produktif kebiasaanya mempunyai elemen ekonomi atau dengan kata lain bersifat material. Namun begitu, dalam memastikan pembangunan yang dilakukan adalah satu bentuk pembangunan yang lestari asas dan prinsip yang diterapkan dalam pembangunan perlulah dikenal pasti terlebih dahulu agar pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja dapat dilestarikan, malah selari dengan kehendak maqasid wakaf itu sendiri. Berlatar belakangkan senario inilah kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti konsep kelestarian dalam pembangunan harta wakaf. Kajian ini melibatkan pengumpulan data secara temu bual mendalam terhadap dua orang ahli akademik dan dua orang pengamal wakaf. Selain itu, penelitian terhadap sumber dokumen seperti tesis, buku, artikel, jurnal, majalah dan sebagainya juga dilakukan bagi menyokong data yang diperoleh melalui sesi temu bual. Data ini kemudiannya dianalisis secara analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian ini menemukan konsep pembangunan harta wakaf lestari berasaskan al-Quran, Hadis dan Ijtihad serta dibangunkan berdasarkan prinsip-prinsip yang selari dengan maqasid wakaf. Hasil kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada pengamal wakaf dalam usaha membangunkan hartanah wakaf secara lestari