Memori Senjakala / Siti Norfatulhana Ishak

Karya ini diinspirasikan dari bait-bait lagu di atas. Memori merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan pelbagai rasa mahupun emosi. Karya ini simbolik kepada perasaan yang sukar digambarkan dimana ia membawa seribu rasa, seribu kenangan dan seribu pengajaran. Di tempat asing inilah, ia mengajar erti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Siti Norfatulhana
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Art and Design 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58613/1/58613.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58613/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karya ini diinspirasikan dari bait-bait lagu di atas. Memori merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan pelbagai rasa mahupun emosi. Karya ini simbolik kepada perasaan yang sukar digambarkan dimana ia membawa seribu rasa, seribu kenangan dan seribu pengajaran. Di tempat asing inilah, ia mengajar erti berdikari di kala baru kehilangan ibu tersayang. Keselesaan yang ditinggalkan demi mengejar sesuatu yang tak pernah terfikir dek akal sebelum ini. Keinginan untuk merantau dan peluang yang diberikan untuk menjadikan diri ini lebih bernilai merupakan percaturan Allah S.W.T yang sebaik-baiknya. Di ketika itu, diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari tujuan hidup. Di saat senjakala menjelmakan dirinya, pasti terbit satu rasa yang sukar diungkap. Perasaan kesunyian dan kekosongan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Walaupun setiap hari bertanya khabar berita dan teman sentiasa di sisi, perasaan halus yang hadir dan bertamu di hati sukar ditepis. Kadang tanpa sedar air mata mengalir. Di sinilah kutemukan kerinduan di perantauan… kegigihan mencari ilmu di negara asing dan persahabatan yang sejati. Di dunia yang asing ini jua, aku merasai pelbagai nikmat dan kesalan. Kekesalan yang dijadikan satu pengajaran dan pedoman untuk melangkah jauh. Aku bersyukur dengan segala rasa yang dikurniakan. Tempat ini telah lama aku tinggalkan, tetapi memori yang terpahat sentiasa hadir di dalam benakku seperti baru semalam aku menjejak kaki di sini.